Sunday, February 15, 2009

Banjir

13/02/2009,
hari yg aku x akan lupa..sebab rumah aku dilanda banjir.disebabkan aku lupa nak tutup paip. padan muka aku. jam 06.30 tuan rumah tepon bgtau umah aku banjir agak nyer air dah kuar sampai koridor.(tido mati nie..)memang satu rumah basah.. sedih aku nak citer.huhuhuhuhuhuuu.. siap lap2 lantai jam 12.30..pastu kitaorg gerak ke bukit tinggi.
nasib baik aku ambik cuti ari jumaat tue.


inilah keadaan mangsa banjir..jenuh nak kemas balik.

Thursday, February 12, 2009

Nidji - Laskar Pelangi

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya…

Monday, February 9, 2009

Kerusi Panjang Umur @ Famosa Garden Hotel

Ikan Bakar

aku pon nak kongsi gambar makan ikan bakar gak..heheheheee
tp gambo masa makan xder org yg sanggup snap sume dah kebulur lapor last makan masa kat gunung ledang.. iskk iskk isskkk..
jurugambo pon lapor siot..(kene reduce bayaran utk jurugambar ni).

p/s: nanti aku post kat gunung ledang lak hihihihiii

Sunday, February 8, 2009

Upload

huh!! dah lama aku xupload gambar jualan baju aku kat Sayang95boutique.. bukan aper..ader jer halangan yg meninmpa diri aku..cam PC aku kene attack ngan Trojan ler..abis ilang gambo2 yg aku dah ambik tunggu nak upload jer..kalu pinjam opis nye kamera lak..Memory card xleh nak baca ler..tak "ong" tul ler..haattiii Iniiiiiii...
nak beli kamera sendiri rasa cam membazir lak..kamera tepon? lagi ler xboleh diharap. Harap jer nama HTC..huhhhhh..

oklah..aku chow dulu..nak kemas baju bobong cos dia nak pegi outstation jap lagi..iskk iskk kene tinggal lagi..
oklah aku upload gak gambor kitaorg pi melaka masa CNY dulu..walau ponn xder kene mengena ngan entri arini.. (^o^)

Test...

Saja nak wat test schedule post..heheheee..
meh kita tgk..

Saturday, February 7, 2009

wahh..lapar siot

arini aku nak kongsi ngan korang 1 resipi..

MACARONI AND CHEESE
..ni gara2 tgk cite rona roni makaroni....

bahan2 nyer..jeng2..

paket (500 gram) San Remo macaroni spiral/ elbow

Bahan untuk Sos Pasta
500 gram daging cincang
2 – 3 tin Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce
1 tin cendawan butang, dihiris
2 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang
7 tangkai cili padi thailand, dihiris nipis
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Bahan untuk Sos Cheese
1 buku (250 gram) keju cheddar jenama kraft, diparut
600ml susu segar
250 ml air
3 sudu makan mentega
4 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam

Bahan untuk Topping
1 buku (200 gram) mozarella cheese, diparut

Cara-cara nyerr...
1. Didihkan air secukupnya didalam periuk. Masukkan 2 sudu makan minyak (ini agar macaroninya tidak melekat). Rebus sehingga macaroninya lembut. Angkat, toskan dan ketepikan.
2. Cara untuk Sos Pasta: Panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili padi thailand dan juga bawang besar dan tumis sehingga naik bau dan layu.
3. Masukkan pula daging cincang dan bila ia telah bertukar warna, masukkan pula cendawan butang.
4. Masukkan pula Campbell’s Prego Traditional Pasta Sauce dan lebihan sos yang didalam tin dimasukkan sedikit air dan dimasukkan sekali. Setiap tin sos yang D gunakan D tambahkan 1 tin air. Ini agar sosnya banyak dan bila digaul dengan macaroni ia lembab dan tidak terlalu kering.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan juga serbuk perasa jika suka. Masak sehingga kuahnya mendidih dan rasa lagi kuahnya jika kurang perasanya tambah sepatutnya. Ketepikan.
6. Cara untuk Sos Cheese: Panaskan periuk. Masukkan mentega dan gunakan api yang sederhana kecil. Bila mentega telah cair. Masukkan tepung dan menggunakan whisk kacau tepung tersebut sehingga ia sebati dengan mentega. Dikacau selalu untuk mengelakkan tepung dari hangus.
7. Kemudian masukkan pula susu segar sedikit dan larutkan adunan tepung bersama mentega tadi dengan menggunakan whisk (ini untuk mengelakkan tepung dari bergentil-gentil). Bila tepung telah sebati dengan susu tadi masukkan lebihan susu segar dan juga air. Dikacau dengan whisk selalu agar tepungnya tidak melekat pada dasar periuk dan hangus nanti sos cheese jadi tak sedap.
8. Bila sosnya mula mendidih sikit. Masukkan keju cheddar yang telah diparut dan kacau sehingga ia larut. Masukkan juga serbuk lada hitam. Dan bila ia mendidih sepenuhnya, padamkan api dan sos cheese telah pun sedia. Ketepikan.
9. Cara menyediakan Macaroni and Cheese: Sos pasta yang telah disediakan tadi dimasukkan macaroni yang telah direbus dan gaul rata. Ia hendaklah tidak terlalu kering. Macaroni yang disalut dengan sos pasta haruslah lembab-lembab sedikit.
10. Sendukkan macaroni kedalam loyang aluminium. Kemudian tutup permukaan macaroni dengan sos cheese secukupnya. Kemudian taburkan dengan mozarella cheese yang telah diparut.
11. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160’C sehingga permukaannya kekuningan. Angkat dan enak dihidangkan panas.

Nota D: Macaroni ini boleh disediakan terlebih dahulu. Tuang sos cheese dan topping mozarella. Kemudian anda boleh tutup dengan plastik cling wrap dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak hidangkan, keluarkan dan biarkan pada suhu bilik dan bakar dalam ketuhar. Tapi sebaiknya buat fresh dan bakar lagi sedap…..


P/s esok kene try buat nie....

(Terima kasih to pisceslady (wanitamelayu.com) bg resepi yg "World")
untuk lain2 recepi sile ler ke website yg tertera kat gambo tu ekk..mmmmmm..